Sunday, February 13, 2011

saya tak dapat update

hari ini saya busy
memang tade masa nak update blog

lagi pun
SAYA TIADA IDEA
nak cita apa kt korang semua

if dah ada idea saya
akan cerita







Saturday, February 12, 2011

baju kurung

hello
baju kurung,apa yang korang tahu pasal
baju kurung,baju kurung ni baju formal
leh pakai waktu kenduri kawin,date dengan bf?
tapi jarang lah,kawin,shopping dan lain-lain

sekarang baju kurung moden amat famous noh









baju kurung biasa juga digilai oleh para remaja mahupun golongan
berumur





sorry terlalu over !
ahahahahaha




Wednesday, February 9, 2011

cara nak jaga bibir

entry saya kali ni pasal bibir,
asal korang tahu bibir kita ni kepada selalu terdedah kepada cuaca panas dan sejuk.korang selalu berbangga cerita kat kawan-kawan yg rumah korang ada pendingin hawa tapi korang tahu kah risiko bibir kering adalah lebih besar !


jangan takut , jom cari penyelesaiannya,cara dia korang kenalah selalu basahkan bibir korang dengan lidah, lidah siapa?lidah korang sendiri lah.Cara ni amat senang tidak perlu keluarkan duit


cara nk keluarkan duit pon ada,korang boleh beli pelembap bibir,gincu agak bibir korang sentiasa terlindung dari menjadi kering.Terdapat juga gincu yang boleh mengeringkan bibir,so kene berwaspadalah.










step memilih gincu, first sekali pilihlah gincu yang sesuai warna dengan bibir korang,sapu gincu dengan rata
kalau bibir korang berminyak  lap dengan kain yang bersih dulu baru pakai gincu.
p/s: jgn pakai gincu dengan mulut yang rapat atau raut muka yang masam


MARILAH KITA MENJAGA BIBIR
SELAMAT MENCUBA

Tuesday, February 8, 2011

kebaikan dan keburukan kanta lekap

salam ,
hello


kanta lekap menjadi tren zaman sekarang ni tidak kira remaja, asal korang tahu saya juga pernah mempunyai niat untuk memakai kanta lekap.kanta lekap ada 3 jenis iaitu keras,separa keras,lembut.Pemakaian kanta lekap adalah tujuan untuk menajamkan penglihatan mata.kanta lekap memberi keselesaan disamping tampil bergaya,terutamanya kanta lekap yang berwarna.


pemakai kanta lekap ni juga kene lah ada disiplin diri,tanggalkan kanta lekap mengikut waktu.kanta lekap tak boleh dipakai semasa tidur,kenapa ? yelah macam ni mata kita sentiasa perlukan oksigen,tapi bila kita tidur oksigen dekat mata akan berkurang.kalau korang pakai juga kanta lekap waktu tidur oksigen pada mata akan turun dengan ketara dan pada lapisan permukaan mata korang akan bengkak.Jika mata korang tiba-tiba jadi merah,korang kena lah tanggalkan kanta lekap tu,kalau tak mata korang tu akan dijangkiti kuman.


so kalau korang nak pakai kanta lekap ikutlah step-step ini


  • cuci tangan korang bersih-bersih dan lapkan tangan dengan kain yang bersih sehingga kering
  • ganti kanta lekap jika berasa tidak selesa
  • jangan pandai-pandai menggunakan produk larutan pembersih
  • gosok berhati-hati ketika membersih kanta lekap
  • simpan kanta lekap ditempat simpanannya
  • jgn biarkan mulut pembersih tersentuh permukaan lain atau dibiarkan dibuka


kalau nak pakai kanta lekap ni kena lah berkorban, jangan ingan nk senang je .


tips menjaga kesihatan

kesihatan tubuh badan amat penting
dari segi agama ada menyuruh kita menjaga
kesihatan so saya nak share sikit lah cara-cara menjaga kesihatan


korang percaya tak kalau kita minum sacawan teh o setiap pagi boleh kurangkan berat badan
cuba korang amalkan dan tengok kesannya. Opah saya selalu mandi sebelum subuh, bila saya tanya
' kenapa opah selalu mandi pagi '
opah cakap air mandi yang meresap ke badan mengurangkan lemak yg terkumpul.kalau korang nk mandi jgn  mandi lepas makan atau semasa terlalu lapar


apa faktor-faktor yg menyebabkan penyakit,bercakap terlalu banyak, so kepada yang ' becok ' ni berwaspada, cakap bila perlu.


camna nak jaga kesihatan ni, jgn gundah apakata korang minum air madu lebah yang asli dicampurkan dengan air sejuk yang masak,
minum air lebihan berwuduk.
lagi satu kalau makanan korang tu masuk lalat , jgn buang makanan tu, ikut step ini,korang tenggelamkan lalat yang dah
masuk makanan atau minumah korang tu sepenuhnya, lepas tu tarik lalat tu keluar,insyaalah makanan itu selamat diguna,kalau korang buang makanan tu kira membazir lah.

daftar mrsm pasir salak

hello


semalam saya pergi daftar adik saya yang form 4
dekat mrsm pasir salak dekat je dari rumah saya
penat juga lah,mula-mula datang counter bayaran yuran
tutup,untuk pengetahuan korang
mrsm pasir salak ni terletak atas bukit


saya dan adik terpaksa berjalan kaki ke asrama
perempuan,lenguh kaki hanya tuhan saja yang tahu
sampai-sampai sahaja kene angkat barang naik tinggat tiga
masuk-masuk je dalam bilik kene kemas barang


oleh kerana counter pembayaran yuran dah tutup
adik saya kene daftar dekat bilik seminar
pukul 2.15 petang pembayaran yuran semua selesai


dalam letih-letih ni terselit perasaan bangga
mana tak bangga,selalunya pendaftaran semua abah dan
mak yang uruskan

Monday, February 7, 2011

Hello semua ;)

salam
hello


okay ini adalah entry saya yang pertama
saya baru sahaja buat blog setelah beberapa
kali dinasihatkan oleh kawan-kawan yang tercinta
maklumlah lepasan spm macam saya
selalu membuang masa melepak sana sini
manalah tahu suatu hari nanti blog saya
menjadi terkenal
doakan, haha